Fungsi Utama
Info Terkini

Hebahan PEPERIKSAAN PERKHIDMATAN SIRI 1/2014

10/04/2014
 

Disediakan oleh: Admin Seksyen Pembangunan Organisasi

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Siri 1/2014 akan diadakan pada bulan Mei/Jun 2014. Staf yang perlu lulus peperiksaan perkhidmatan sebagai syarat untuk disahkan dalam jawatan diminta mengambil perhatian tentang perkara ini dan memohon untuk mengambil peperiksaan ini.

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia. Sila [klik disini] untuk menentukan kertas-kertas peperiksaan yang boleh diambil.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan dua (2) salinan Borang 'USM 25/3/i Borang 1'

  • Salinan pertama hendaklah dikemukakan terus kepada:-
    Seksyen Pembangunan Organisasi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Jabatan Pendaftar, Aras 4, Bangunan Canselori

  • Salinan kedua untuk makluman/simpanan Ketua Jabatan Calon

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2014

Klik disini untuk makluman lanjut.

Hebahan Peperiksaan Khas Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) 2014

10/04/2014
 

Disediakan oleh: Admin Seksyen Pembangunan Organisasi

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Peperiksaan Perkhidmatan Siri 1/2014 akan diadakan pada bulan Mei/Jun 2014 bagi jawatan-jawatan berikut:

  • Pengurus Asrama N41
  • Pegawai Kewangan W41
  • Penolon Pegawai Teknologi Maklumat F29
  • Penolon Pegawai Tadbir N27
  • Penolon Pegawai Belia dan Sukan N27
  • Penolong Pegawai Keselamatan KP27
  • Penolong Pegawai Penerbitan N27
  • Penolong Pegawai Perpustakaan S27
  • Penolong Akauntan W27
  • Pembantu Keselamatan KP17
  • Pembantu Tadbir(Perkeranian/Operasi)N17

Staf yang layak mengambil peperiksaan ialah sebagaimana yang telah disyaratkan di bawah Skim Perkhidmatan Universiti Sains Malaysia. Sila [klik disini] untuk menentukan kertas-kertas peperiksaan yang boleh diambil.

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan dua (2) salinan Borang 'USM 25/3/i Borang 1'

  • Salinan pertama hendaklah dikemukakan terus kepada:-
    Seksyen Pembangunan Organisasi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Jabatan Pendaftar, Aras 4, Bangunan Canselori

  • Salinan kedua untuk makluman/simpanan Ketua Jabatan Calon

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2014

Klik disini untuk makluman lanjut.

Hebahan Ujian Kemahiran Bagi Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat Tahun 2014

10/04/2014
 

Disediakan oleh: Admin Seksyen Pembangunan Organisasi

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan memaklumkan bahawa Ujian Kemahiran Tahap Asas / Pertengahan / Lanjutan bagi Pembantu Setiausaha Pejabat dan Setiausaha Pejabat akan diadakan dalam bulan Mei/Jun 2014 bagi jawatan-jawatan berikut:

Staf Yang Layak Mengambil Peperiksaan:

Tahap Staf yang layak memohon

Asas:

Bagi Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 ke Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N22.
Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan.

Pertengahan :

Bagi Kenaikan Pangkat Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 dan Gred N22 ke Setiausaha Pejabat N28.
  1. Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N17 yang mempunyai kelayakan Diploma Sains Kesetiausahaan, Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat atau kelayakan yang setaraf dengannya yang telah disahkan dalam perkhidmatan.
  2. Pembantu Setiausaha Pejabat yang telah berada di Gred N22 secara hakiki.

Lanjutan:

Bagi Kenaikan Pangkat Setiausaha Pejabat Gred N27/28 ke Setiausaha Pejabat N32.
Setiausaha Pejabat N27/28 yang telah disahkan dalam perkhidmatan

Permohonan hendaklah dikemukakan dengan menggunakan dua (2) salinan Borang 'USM 25/3/i Borang 2'

  • Salinan pertama hendaklah dikemukakan terus kepada:-
    Seksyen Pembangunan Organisasi
    Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
    Jabatan Pendaftar, Aras 4, Bangunan Canselori

  • Salinan kedua untuk makluman/simpanan Ketua Jabatan Calon

Tarikh Tutup Permohonan : 30 April 2014

Klik disini untuk makluman lanjut.

HEBAHAN PENDAFTAR BIL. 10/2014 PENGUMUMAN PELANTIKAN KLINIK PANEL USM TAHUN 2014-2016

28/02/2014
 

Disediakan oleh: Admin Seksyen Pengurusan Organisasi

Dimakluman bahawa proses pelantikan klinik panel USM bagi tahun 2014 telah selesai melalui proses tender terbuka. Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan B Ke 272 (Bil. 2/2014) yang bersidang pada 14 Februari 2014 telah meneliti dan memutuskan sebanyak 46 buah klinik yang menepati kriteria dan bersetuju dengan tawaran harga semasa dilantik sebagai Klinik Panel USM. Jumlah ini adalah tambahan kepada 18 buah klinik sedia ada yang sedang memberikan perkhidmatan semasa proses tender terbuka kali pertama yang lalu dan kini jumlah keseluruhan Klinik Panel yang akan memberi perkhidmatan kepada warga universiti sebanyak 64 buah (rujuk senarai). Kontrak perkhidmatan ini akan bermula pada 1 Mac 2014 hingga 30 September 2O16.

Y.Bhg.Dato'/Datin/Prof.lDr.lTuan/Puan boleh menyemak dan membuat pertukaran untuk perkhidmatan Klinik Panel masing-masing berpandukan senarai terkini klinik yang diperakukan.

[Muat Turun Borang Pertukaran Klinik Panel]